Tuesday, September 16, 2014

Sakit Hati ke? Sedih ke?

Assalamualaikum w.b.t...

     Hmm dah lama Nana tak buat entry kan? Kali ni Nana buat. Semuanya sebab dah tak mampu nak simpan dalam hati. Ya Allah sakitnya hati Nana. Sedih pun ada.

     Semuanya kerana apa? Kerana CINTA! Hmm memang laaa sesetengah orang tu kata cinta itu indah, tapi tidak setiap masa ya kawan².

     Kali ni tentang apa lagi buat Nana sedih eh? Tentang kisah cinta Nana laaa kot kan? Okay maybe laaa. Semua orang mesti tahu je kann kalau Nana cakap pasal cinta, ia merujuk tentang siapa. Sah² semua ada kat blog ni pasal kisah cinta Nana kot!

     Okay jom mula! Ejad! Yaaa, dia lahh Ejad. Nana semakin keliru. Siapa Ejad sebenarnya? Walaupun sudah dua tahun lebih kami kenal, tapi.... Nana masih tidak kenal sama sekali siapa sebenarnya dia.

     Mungkin lucu kan kedengarannya? Tapi not for me k. Dia semakin lama semakin lain. Semakin sukar untuk Nana faham siapa diri dia sebenarnya. Kekadang Nana tertanya² sendiri, "Serious ke dia dengan aku?", "Siapa aku bagi diri dia?", dan bermacam² soalan lagi lahh yang berlegar² di fikiran.

     Belakangan ni, boleh dikira dengan jari kot berapa kali kami berbaik. Selebihnya apa? Hanya pergaduhan! Adakah Nana ni yang terlebih mengada? Nana ke yang terlebih gedik? Nana ni syiok sendiri ke?

     Sampaikan baru² ni kami gaduh again. Kes apa? Kes ada perempuan lain yang call dia. Okay mungkin kedengaran seperti Nana yang emo terlebih kan? Tapi bersebab k. Perempuan tu kawan kesayangan dia! Perempuan yang dia pernah suka! And he know that I'm always get jealous when its related to that girl!

     Okay lepas gaduh pun Nana yang mengalah. Its okay, dah biasa. Tapi sampai bila? Selamanya ke Nana kena mengalah? Nana selalu mengalah sebelum ni sebab Nana sayangkan dia, cintakan dia. Nana jatuhkan ego untuk sayangkan dia!

     Dah laaa, Nana dah penat. Dah sangat penat untuk mengalah, untuk menangis, untuk jadi lemah. Dah banyak air mata Nana mengalir sebab CINTA. Sebab CINTA ni jugak laaa Nana berubah daripada seorang yang kuat jadi lemah, lembik!

     K laaa semua. Cukup lahhh untuk kali ni. Penat dah nak coret. Ini jelaa yang mampu Nana lepaskan. Hanya blog ni laa tempat yang ada untuk Nana luahkan. Hmm till meet again. 

Thursday, November 21, 2013

Alhamdulillah Terima Kasih Ya Allah :)

Assalamualaikum...

     Hollaaaa awak awak awak semua! Nana disini. Haa , sini sini. Ni haaa ,depan lappy ni takkan tak nampak? Ohyaaaaa ,lupa pulak kita di alam maya! Hehehe :D

     Ahaaaa , see the title takkk? Ceteke apa Nana nak cerita dengan uolllsss harini?? Hahaha sape teka betul dapat hadiah tau! Nak tak?? Ahaaaaa , cepat cepat cepat sementara tawaran masih dibuka ni :D

     Okay laaaa , nampaknyeee semua macam tak dapat teka jerr .Hahaha meh Nana jelaaa yang jawab yerr :D Begini ceritanyaaa etceli... Pada harini , 21 November 2013 , result students Politeknik seluruh Malaysia telah keluar. Haha . Disebabkan Nana ni students comel di poli jugak, so result Nana pun keluar harini lahhh kan?? *maluu*

     Nak dijadikan cerita, Nana takut sangat nak tenfok result! Nerbessss mehh! Tahap cipan punyaaa haaa~ Tadi masa result dah boleh check, Nana pulak keluar dengan mama. Oleh itu , Nana mintak laaa tolong dengan Myra kejap ,suruh dia tolong check kan. Then... Jeng jeng jengg!!! Hahahaha

     Alhamdulillah, sangat bersyukur kepada Allah s.w.t kerana result Nana meningkat! Ohhh~ *overjoyed* Walaupun result Nana tidaklaaa setinggi kawan-2 yang lain, its okay lahh , asalkan Nana masih boleh mengekalkan AKJ selama tiga semester berturut-turut :D Thanksss Ya Allah.

     Okay laaaa, itu jaa sebenarnyaa yang Nana nak cerita katsini. Maklumlaaa ,eksaitedd sampai tiga semester dah kumpul . Hahaha *gediks* Nana nak hadiah boleh? Anybody nak kasi Nana hadiah takk? Teringin nak mintak mama handphone baru ,tapi.... Harapan lahhh kan :') Tak ape laaaaa, Nana beli sendiri jelaaa nanti. Hmm

     Ni kat bawah adalah result-2 Nana since semester satu, lihatlahhh yee :D Bukan nak menunjuk-2 k. Saja nak share jer. Yang rasa meluat or tak berminat, byeee! :p

Inilahhh hasil yang Nana dapat sampai semester tiga di PIS :)
     
     Trimasss kepada uollss yang selalu men-stalk disini *okay,perasan* . HAHA . Sehingga bertemu lagi dalam entry seterusnya.. Loveyouuu all :*

Tuesday, November 19, 2013

This Is Me :) Itukah motif?

Assalamualaikum...
   
Me, Nana :)


     Ahaaa , lihatlah.. Lihatlahh... Lihatlahh itu siapa ~ Hahaha. Okay awak awak awak semua, kat atas ni adalah gambar terkini Nana. Tahu katmana? Kat Kuala Perlis woo! Hehe. 

     Tahu tak atas sebab musabab apakah Nana meng-upload gambar yang satu ni??? Haa! Itulahhh persoalannya kan? Atceli lahh kann, sajaaaa jaaa. Hahahaha :D

     Okay laaa okay laaa, sebenarnya Nana nak tunjuk ni laaaa pess time Nana pakai tudung bawal bercorak yang menjadi trend sekarang ni haaaa ~ Tengoklaaaa kat gambar Nana tu..

     Nana beli tudung ni hasil bershopping with my kazenss dekat nun haaa C-Mart kat Arau tuh ajer haaa. Lawalawa wehh! Juling mata memilih *bayangkan*

     Okay lahh kawan kawan semua, dah takda idea dah ni haaa ~ Hehe . So ,trimassss kepada yang suka layan blog Nana yang huduss nie yerr . Sehingga bertemu lagi di lembaran entry seterusnya. Loveyouuuuuu all ! :*