Assalamualaikum...
Ahaa! "Budak Kurang Kasih Sayang" , siapakah? Siapakah? Haha mesti awak awak semua tertanya-2 kann?? Okay ,katsini Nana nak cerita lah sikit pasal budak nieee . Kesian kan bila baca tajuk tu? Mesti terlayang-2 kat kepala awak awak semua tentang anak yatim,anak gelandangan and seantara dengannya lahh ,kan kannn? Sebenarnya tidak! Semua tuu salah sama sekali! Tetttt.. Sila cuba di lain kali yeahh ~
Okay ,jom sambung cerita yang menyiat-nyiat hati nie yerr ~ *menyiat k,bukan menyayat*
Alkisah bermula begini.....
Pada zaman dahulu, lahirnya seorang budak pada tanggal tarikh 22 Oktober 199*. Budak ini dilahirkan di Hospital Kuala Lumpur, wow di ibu kota , macam gempak kan? Haha . Okay, budak ini terpaksa ditahan di wad sekejap ,sebab ada masalah sikit lahh katenyeee . Kesiannnnn ~
Nak dijadikan cerita, dalam pada umur budak itu menjangkau lebih kurang 5 bulan, si ibu terpaksa menyambung pelajarannya ,lalu terpaksalah si ibu meninggalkan anaknya yang masih belum kenal dunia tuu .Tapi, maybe sebab tiada yang boleh menjaga dengan baik , lalu si ibu buat keputusan menghantar si anak kecil tersebut ke kampung halaman si suaminya , iaitu di Kedah Darul Aman!! Negeri Jelapang Padi k ~
Oleh itu, tinggallah si budak kecil itu dengan neneknya. Pada masa yang sama, nenek tersebut tinggal dengan ibu saudara si kecil itu . Nak dijadikan cerita lagi, ibu saudaranya tuu takda anak pulak kan ,so jadi lahh si kecil itu sebagai puteri dirumah itu. Haa,kalau awak awak semua nak tahu, kisah menyiat hati tentang si budak malang itu bermula disitu lahh . Sejak ibunya membuat keputusan meninggalkannya di kampung halaman si suami . Okay jom kita proceed...
Setelah tempoh ibunya tamat melanjutkan pelajaran, si ibu pun kembali lahhh untuk mengambil kembali anak yang sangaaaaat dirinduinya itu . Malangnya! Si nenek tidak membenarkan . Si nenek tersebut meminta supaya budak tersebut tinggal bersamanya di Kedah. Ya Allah, kesiankan ibu tersebut?? *merembes-2 air mata*
Setelah ditimbangtara , keputusan lebih menyebelahi kepada si nenek . Maklumlahh , orang yang lebih tua perlulah kita hormati kan?? Haishh ,apa lahh nasib kanak-2 tersebut kan kawan kawan?? Si ibu pun pulanglah semula ke ibu kota dengan hati yang sangaaaat tidak keruan dan sedih, memikirkan anaknya yang tidak dapat diambil kembali . Hendak menyesal pun tiada gunanya .
Setelah kejadian itu berlaku, si ibu dan suaminya kerapkali lahh pulang ke kampung untuk bertemu dgn si anak tersebut. Lebih menyiatkan , ingat takk lagi tentang si ibu saudara yang menjaga nenek budak itu tadi? Alaa yang Nana cerita awal tadi tuu . Ingat? Bagus! Si ibu saudara budak tersebut sentiasa berlaku kurang 'BAIK' dengan si ibu budak tersebut .Ibu saudara itu sentiasa 'melarikan' anak tersebut setiap kali ibu dan bapanya datang ke kampung! Ohh ,so kejam!! Para pembaca sekalian mesti rasa tersentuh kan?? Hmmm *air mata merembes lagi*
Bertambah-2 lahh sakit dihati si ibu budak tersebut setelah dianiaya sebegitu kali oleh si ibu saudara tadi. Akhirnya si ibu tersebut pasrah dgn apa yang dilaluinya . Setiap kali pulang ke kampung ,si ibu menahan hatinya daripada niat untuk mengambil kembali si anak kecil tersebut. Itu pun setelah memikirkan permintaan orang tuanya . Oleh itu ,hiduplah si anak kecil malang tersebut bersama keluarga sauda serta neneknya di Kedah, negeri Jelapang Padi tersebut , jauh dari tempat kelahirannya di ibu kota. Kehidupan budak kecil itu sangatlahh sunyi dek kerana hanya dia seorang sahaj dalam keluarga itu ,tiada adik beradik lain. So kesiann youuu!
Okay ,dalam umur 2 ke 4 tahun ,si budak tersebut ditinggalkan bersama ibu saudaranya yang lain pulak , dek kerana ibu saudara yang menjaganya itu terpaksa pergi kerja , cari rezeki lahh katenyeee! Ibu saudara yang lain ini digelar 'maklang' dan 'makchaq'. Maklang lah tempat budak tersebut menumpang kasih sayang sejak kecil kerana dia selalu sahaja ditinggalkan . Sememangnya ,budak tersebut lebih akrab dengan maklang nya berbanding ibu saudara yang menjaganya itu ,yang digelar 'mama' . Mamanya itu sentiasa sibuk dengan kerja ,jadi tinggallah dia bersama maklangnya setiap hari .
Ohh,rupanya nasib budak tersebut tidak berapa baik .Mamanya itu ternyata orang yang sangaaaaaat garang! Persis si Singa! Apa laaaahh nasib kamu ya budak :'( Sudahlah terpisah dgn ibu bapa kandung,ingatkan dapat kasih sayang yang baik, ternyata silap sama sekali .Hanya diberikan kemewahan sebagai persamaan dgn kasih sayang. Bagaimanalah KEMEWAHAN dapat disamakan dgn KASIH SAYANG?? Its NONSENCE!! Kesian sekali nasib budak tersebut .Ermm, senang cerita, budak tersebut sememangnya sangat kurang dengan kasih sayang ,hanya dilimpahi kemewahan sepanjang umurnya hingga sekarang.
Haa ,awak awak semua , apa macam? Sedihkann? Nana pun takdapat nak habiskan cerita tersebut sekarang .Mungkin lain kali lahh pulak kot .Sedih sangaaat dah nie :'( Mesti awak awak semua nak sangat tahu kan apa terjadi kepada budak malang tersebut? Sabar yaa ,nanti Nana sambung lagi. Hehehe.
Tangan dah naik lenguh menaip panjang lebar nieee .So ,trimassss ya kepada yang sudi melayan blog Nana .Sehingga bertemu di lembaran entry seterusnya. Loveyouuuuuu all :*
1 comment :
yunk :)
*utk budak tue ;)
segala yang berlaku ada hikmahnya kan ?
tabahkan hati . kuatkan diri hadapi kehidupan lepas nie .
in sha allah . Allah tue Maha Adil . mungkin kebahagiaan dan kasih sayang tue akan dtg lepas nie . who knows rite ;)
Post a Comment